Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Lawatan YBM Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah ke Tapak Pembinaan Pig Farming Area (PFA) Tongod

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah melawat tapak pembinaan Pig Farming Area (PFA) atau kawasan Penternakan Babi di Tongod.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) Dr Hjh Normah Yusop memberi taklimat khas dan penverahan khas penternakan babi secara moden dari Tongod Farms Sdn Bhd (TFSB) dengan disusuli dengan lawatan ke Pusat Pembiakan Kerbau Telupid dan Projek Pembangunan Payau Telupid. 

Turut serta hadir ialah Adun N.47 Telupid YB Jonnybone J. Kurum, SUT MAF Datuk Dr. Mariana Tinggal, Pengarah JPSS Waily bin Harim, Pengerusi Besar KPD Jamilah Lee, ADO Tongod Cleopas John Gordon, Petrus Mojuntin Pegawai Khas Kanan kepada YB James Ratib, dan wakil-wakil ketua jabatan dan agensi di bawah MAF.

Gambar-gambar boleh didapati di Galeri.Foto