Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Pengeluaran Makanan Ternakan

DVS Sabah mempunyai sebuah kilang makanan ternakan untuk memproses makanan ternak lembu, kambing, rusa, ayam, itik, puyuh dan arnab untuk dibekalkan kepada ladang-ladang ternakan Jabatan. Kilang ini dapat mengeluarkan 250 m. ton makanan ternakan sebulan.

Latar Belakang

Kilang makanan ternakan DVS Sabah dibina dalam tahun 1963 atas bantuan "Columbo Plan", dimana peralatan dan mesin pemprosesan telah dibekalkan. Kilang ini pada masa itu berkemampuan menghasilkan satu tan makanan ternakan ayam dan khinzir.

Fungsi dan Peranan

  1. Menghasil dan mengagihkan makanan ternakan yang berkualiti dan murah kepada ladang ternakan dan projek DVS Sabah di seluruh Sabah.
  2. Menjalani aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam pemprosesan makanan ternakan.
  3. Menyediakan kemudahan latihan dan pengembangan dalam bidang makanan ternakan dan teknologi pemprosesan.


Alamat

Lot 35-36, Lok Kawi Industrial Estate, Kinarut, Papar.
Tel No: 088-754372
Fax No: 088-754987