Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Wilayah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Pengenalan

Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua besar di Malaysia, dengan keluasan tanah 73,631 km². Untuk memudahkan pentadbiran kawasan yang luas dan kawalan penyakit yang berkesan, DVS Sabah telah membahagikan kawasan ini kepada enam wilayah, iaitu Wilayah Kota Kinabalu, Wilayah Beaufort, Wilayah Kudat, Wilayah Keningau, Wilayah Sandakan dan Wilayah Tawau.  

Secara keseluruhan, enam wilayah ini terdiri daripada 32 daerah-daerah seperti berikut:

  • Wilayah Kota Kinabalu terdiri daripada Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran. 
  • Wilayah Beaufort terdiri daripada Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, Papar, Membakut, Menumbok, Bongawan dan Sindumin. 
  • Wilayah Kudat terdiri daripada Daerah Kudat, Kota Belud, Ranau, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Banggi. 
  • Wilayah Keningau terdiri daripada Daerah Keningau, Tambunan, Sook, Nabawan, Tenom. 
  • Wilayah Sandakan terdiri daripada Daerah Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod. 
  • Wilayah Tawau terdiri daripada Daerah Tawau, Lahad  Datu, Kunak dan Semporna.

Tanggungjawab

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah menubuhkan sebuah pejabat di setiap daerah.  Pejabat DVS Sabah di peringkat daerah bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholders berkaitan.  Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan klinik, rawatan luar ternakan, khidmat nasihat, pengembangan ( extension ), impot/ekspot, dan penguatkuasaan.  

DVS Sabah juga berperan dalam mengawal kesemua pintu masuk dari dalam atau luar negara melalui udara seperti Kota Kinabalu International Airport, Tawau Airport dan Sandakan Airport manakala kawalan pintu masuk melalui pelabuhan adalah seperti Sandakan Port, Tawau Port, Kota Kinabalu Port ( Tanjung Lipat), Sepanggar Port serta kawalan pintu masuk melalui darat seperti “Pos Kawalan Sindumin – Merapok, Sarawak”, “Pusat Kuarantin Haiwan, DVS Pagalungan,Pensiangan”, Jeti Menumbok, Jeti Kudat(barter trade), Barter Trade di Sandakan, Kudat, Tawau, Semporan dan Lahad Datu,  yang mana turut dikawal oleh penguatkuasa DVS Sabah bagi memastikan haiwan dan produk haiwan yang diimpot masuk bebas daripada ancaman penyakit yang dapat menjejaskan industri ternakan Negeri Sabah.  

Pada peringkat wilayah, selain daripada memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan stakeholders, wilayah juga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal daerah-daerah di bawah seliaannya.

Projek Jabatan

Projek-projek yang ditawarkan oleh jabatan adalah Projek Ternakan Kambing, Projek ternakan Lembu Pedaging dan Projek Ternakan Kerbau. Projek-projek ini merangkumi Projek Transformasi, Projek Trust dan Projek Sosio-Ekonomi ( Sosek ) bagi ternakan ruminan seluruh Sabah pada Mac 2020 seperti berikut :

JENIS PROJEK BILANGAN PESERTA AKTIF ( ORANG ) BILANGAN TERNAKAN ( EKOR)

KAMBING

  1. Projek Transformasi Kambing

110

13,345

  1. Projek Sosioekonomi Kambing

138

5,034

  1. Projek TRUST kambing

9

308

LEMBU PEDAGING

  1. Projek Transformasi lembu pedaging

76

10,780

  1. Projek Sosioekonomi lembu pedaging

47

1,753

  1. Projek TRUST lembu pedaging

12

254

KERBAU

  1. Projek Transformasi Kerbau

7

391

  1. Projek Sosioekonomi Kerbau

8

80

LEMBU TENUSU

Projek Lembu Tenusu

48

7,000

BURUNG WALIT

2019 Rumah Burung Walit (RBW)

150

150 RBW

2020 Rumah Burung Walit (RBW)

42

42 RBW

2020- Tempat Mini Pemprocessing EBN

6

-