Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Penyelidikan & Inovasi

OBJEKTIF

  1. Menghasilkan penemuan penyelidikan
  2. Mewujudkan budaya inovasi
  3. Membangunkan kepakaran teknikal
  4. Pemindahan teknologi & pengkomesilan

 FUNGSI

Fungsi Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi secara khususnya mengikut unit adalah seperti berikut:

1. Seksyen Penyelidikan Penternakan

  1. Mengenalpasti bidang tumpuan serta merancang projek-projek penyelidikan dibawah Program Penyelidikan, Pembiakbakaan & Agro-Biodiversiti, Pemakanan Haiwan & Agronomi, Sistem Penternakan serta Kualiti & Keselamatan Makanan.
  2. Menentukan keperluan penyelidikan, mendapatkan dana dari sumber-sumber yang bersesuaian, melaksanakan dan mempastikan projek-projek penyelidikan menepati ketetapan yang ditentukan oleh pihak pembiaya.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pencapaian output, outcome dan impak projek-projek penyelidikan serta menyediakan laporan kemajuan projek secara berkala mengikut keperluan.
  4. Mengumpul maklumat serta menyelaraskan penyediaan kertas saintifik dan pembentangan bagi tujuan penyebaran maklumat, penerbitan, pemindahan teknologi, serta promosi hasil penyelidikan.
  5. Memantau prestasi penyelidik, mengatur penglibatan mereka dalam majlis-majlis ilmu seperti konvensyen, seminar & bengkel serta menguruskan keperluan latihan dan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan, kompetensi dan pembangunan kerjaya para penyelidik.
  6. Menyediakan khidmat rundingan dan kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan kepada pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan.
  7. Bekerjasama dengan pelbagai pihak dari luar dan dalam negara untuk tujuan penyelidikan, pemindahan teknologi, bina upaya (capacity building) serta tujuan-tujuan lain yang bermanfaatkepada negeri.

 

2. Unit  Inovasi

  1. Merancang dan menyediakan program inovasi Jabatan serta menguruskan dan menyelaras perlaksanaannya.
  2. Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dikalangan warga Jabatan dan industri.
  3. Membantu mewujudkan, membimbing dan memantapkan kumpulan-kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) supaya mencapai tahap cemerlang.
  4. Mengumpul dan menyelaraskan penyeragaman, penyebaran, penerbitan, serta promosi kreatif dan inovasi yang dihasilkan kepada warga Jabatan, industri, orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan.
  5. Mengadakan dan menguruskan pengiktirafan keatas penyumbang idea kreatif dan inovasi yang dihasilkan.

 

2. Unit Pengeluaran Makanan Haiwan

  1. Menyediakan khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang pemakanan ternakan.
  2. Menyelaras program pembangunan dan aplikasi teknologi dalam pengeluaran bahan makanan ternakan.
  3. Menilai pelbagai sumber yang sesuai dan berpotensi sebagai bahan makanan ternakan.
  4. Mengawalselia penguatkuasaan Akta Makanan Haiwan 2009 (Akta 698)
  5. Bertanggungjawab terhadap kilang pemprosessan makanan ternak jabatan

 

3. Pusat Bioteknologi Sebrang

  1. Mengeluarkan semen dan embrio ternakan berkualiti tinggi.
  2. Menjalankan penyelidikan gunaan dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan
  3. Mengkaji kesesuaian dan potensi pelbagai jenis baka untuk kegunaan industri ternakan
  4. Memberi khidmat perundingan, bimbingan dan rujukan teknikal  dalam bidang pembiakan dan pembakaan.
  5. Menjalankan penyelidikan, pemuliharaan dan menwujudkan pengkalan maklumat sumber genetic haiwan tempatan
  6. Memberi latihan teknikal kepada pelanggan dalaman dan luaran