Sebelum ini sektor ternakan di Sabah telah dikawalselia oleh Jabatan Pertanian Sabah di bawah naungan Bahagian Perusahaan Ternak yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah.
Tugas utama pada waktu tersebut sebahagian besar meliputi program pencegahan jangkitan penyakit dan rawatan ternakan.
Hanya pada 01 Januari 1976, Bahagian ini ditauliahkan menjadi sebuah jabatan dengan nama Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak diketuai oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Aktiviti Jabatan ini juga diperluaskan untuk mencakup pengeluaran dan pembangunan industri ternakan di Sabah.
Pada akhir tahun 2017, cadangan penjenamaan semula nama dan logo jabatan telah dikemukakan kepada kabinet dan telah dipersetujui dengan nama baharu JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (DVS) SABAH pada tahun 2018.
Mantan Pengarah







