1. Unit Operasi
- Mengurus aduan-aduan awam dan menangani isu-isu berbangkit penguatkuasaan undang-undang Jabatan.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan operasi dan perisikan meklumat kepada penguatkuasaan daerah.
- Merancang dan menyelaras operasi-operasi khas dan operasi bersama dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu-isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat.
2. Unit Penyiasatan
- Menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes yang diperolehi daripada operasi-operasi khas dan kes-kes daripada kawalan pintu-pintu masuk yang memerlukan perhatian khusus.
- Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang penyiasatan kes kepada pegawai-pegawai penyiasat di daerah.
- Memantau proses pelupusan barang-barang kes yang telah selesai dan barang kes yang pemiliknya gagal dikenalpasti atau tidak dituntut.
3. Unit Pendakwaan
- Menjalankan pendakwaan terhadap kes-kes yang memerlukan perhatian khusus dan kes-kes yang diperolehi dalam operasi-operasi khas yang dijalankan.
- Memantau urusan pendakwaan kes-kes yang didaftar di bawah Undang-Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.