Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Seksyen Perancangan

OBJEKTIF:

1. Mempastikan Dasar dan Strategi yang digubal menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan          industri haiwan.

2.  Mempastikan perkhidmatan , program dan projek yang dilaksanakan oleh jabatan bertepatan dengan dasar             dan sasaran yang ditentukan.

3.  Mempastikan kesediaan prasarana ICT jabatan menyokong kearah perkhidmatan jabatan yang berkesan.

4.  Mempastikan dasar, program jabatan dapat difahami oleh pelanggan dengan berkesan.

5.  Mempastikan hubungan dan kerjasama jabatan dengan agensi dalam dan luar Negara yang berkesan.

 

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Bahagian Perancangan secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

 1. Unit Dasar, Pemantauan dan Penilaian

  • Membantu merangka dan menggubal dasar-dasar berkaitan dengan Industri Ternakan Negeri;
  • Menyelaras perancangan Cadangan Peruntukan Projek Pembangunan Jangka Panjang, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Belanjawan Pembangunan Tahunan;
  • Menyelaras Penyediaan kertas soalan peperiksaan PANS, KPI bagisetiap unit dan lain-lain arahan berkaitan;
  • Mengendalikan program pengesanan bagi menilai kemajuan pelaksanaan program pembangunan Jabatan;
  • Mengenal pasti isu dan halangan pelaksanaan projek dan mencadangkan langkah pembetulan dan penambahbaikan;
  • Menilai prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan lima tahun dan tahunanJabatan;
  • Menyediakan laporan kemajuan program/projek pembangunan industri haiwan dalam ekonomi Negara;
  • Menjalankan analisis prestasi dan impak program dan projekJabatan;

2. Unit Perangkaan dan Perhubungan Korporat

  • Menyelaras dan Menyemak semua maklumat ekonomi dan data-data perangkaan ternakan yang akan diterbitkan;
  • Penyediaan maklumat bagi penyediaan laporan, Laporan Tahunan Jabatan, Laporan Statistik Ternakan dan Dasar Pertanian Negeri/Negara SektorTernakan dll;
  • Menguruskan penerbitan Jabatan;
  • Mengurus Banci Ternakan;
  • Menguruskan lawatan rasmi pegawai Jabatan dan lawatan pelawat dari luar negara.

 3. Unit Penerangan dan Teknologi Maklumat

  • Merancang, merangka dan melaksana dasar ICT yang lengkap dan berkesan;
  • Mengurus dan melaksanakan projek ICT Jabatan;
  • Menyediakan dan memastikan sistem rangkaian dan keselamatan ICT dalam keadaan stabil, lancar dan selamat sepanjang masa;
  • Menyediakan bantuan khidmat sokongan teknikal ICT;
  • Mengurus proses pelupusan peralatan ICT di ibupejabat dan cawangan;
  • Merancang dan mengkaji perkembangan teknologi ICT ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan ICT dari masa kesemasa;
  • Mengurus dan mentadbir pusat data Jabatan;
  • Menyebarkan maklumat Jabatan melalui media masa, pameran, majlis, penerbitan dan Hari Bertemu Pelanggan;
  • Mengendalikan aduan dan pertanyaan awam yang diterima;
  • Mengurus Pejabat Percetakan Bantayan, Tuaran.

 4. Pusat Pengurusan Veterinar

  • Mengurus Pusat Pengurusan Veterinar Tuaran termasuk semua kemudahan sokongan latihan yang lain;
  • Mengurus program latihan industri haiwan dan perkhidmatan veterinar;
  • Menyediakan dan mengenalpasti tenaga pengajar yang terlatih;
  • Mengurus latihan dalam dan luar negara;
  • Mengurus jalinan kerjasama agensi awam dan swasta berkaitan dengan latihan industri haiwan;
  • Membuat penilaian program latihan jabatan;
  • Membuat penambahbaikan sistem, proses, prosedur dan inovasi latihan bagi meningkatkan kualiti latihan kepada anggota jabatan dan golongan sasar.

 5. Perpustakaan

  • Mengurus kemudahan perpustakaan jabatan;
  • Menyediakan bahan rujukan khusus untuk anggota dan pelanggan jabatan;
  • Mengumpul dan menyimpan bahan terbitan jabatan;
  • Mengurus dan mengawal dokumen jabatan.

6.      Unit Industri AsasTernakan

  • Melaksanakan program-program pembangunan industri ternakan tenusu
  • Melaksanakan program-program perkhidmatan pengembangan veterinar dan khidmat teknikal kepada penternak tenusu
  • Melaksanakan program-program pemantauan Kualiti Susu di PPS
  • Melaksanakan program-program pengurusan pemakanan untuk penternak tenusu
  • Menggalakkan pembangunan usahawan dan pertumbuhan industri asas ternakan yang lestari.
  • Memastikan pembangunan dan operasi mematuhi piawaian kesihatan awam veterinar, kebajikan ternakan dan kualiti alam sekitar.