Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Pusat Bioteknologi Keningau

Pusat ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan kini berfungsi untuk menghasilkan air-mani beku lembu dan kerbau yang bermutu tinggi untuk meningkatkan mutu ternakan lembu dan kerbau di negeri ini melalui pembiakan menggunakan teknologi permanian beradas dengan menggunakan air-mani yang dihasilkan dan diproses oleh pusat ini.
Baka-baka air mani lembu dan kerbau yang dihasilkan untuk dibekalkan dan dijual kepada para penternak adalah seperti berikut:

  • Sabah Sahiwal Friesian (SSF) – lembu tenusu
  • Holstein Friesian – lembu tenusu
  • Bali Cattle – lembu pedaging
  • Droughtmaster – lembu pedaging
  • Belmont Red – lembu pedaging
  • Simbrah – lembu pedaging
  • Murrah Buffalo - kerbau

Alamat

Sebrang, Km 4, Jalan Nabawan, Keningau.
Tel No: 087-341442
Fax No: 087-341442