Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang berkualiti, tepat dan cekap seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Kaunter
    Melayan dengan sopan santun, tepat dan penuh mesra
  2. Pembayaran Bekalan, Kerja dan Perkhidmatan
    • Memproses semua baucar bayaran yang diterima (jika teratur) dalam masa 7 hari waktu bekerja oleh Bahagian Pengurusan Kewangan dan Akaun Ibu Pejabat
    • Memproses tuntutan harga susu segar yang dibekalkan oleh para penternak tenusu dan cek dikeluarkan oleh pejabat pembayar selewat-lewatnya pada 10hb bulan berikutnya.
  3. Permohonan Projek Pembangunan Ternakan
    Memproses permohonan di peringkat daerah dalam masa 7 hari waktu bekerja. Manakala keputusan dikeluarkan dalam masa 7 hari waktu bekerja setelah Bahagian di Ibu Pejabat bermesyuarat.
  4. Permit Import dan Eksport Haiwan Hidup dan Bahan Hasil Haiwan
    Memproses permohonan permit import dan eksport ke atas haiwan hidup dan bahan hasil haiwan dalam masa 3 hari waktu bekerja (jika semua dokumen teratur).
  5. Penguatkuasaan Akta, Ordinan, Enakmen, Peraturan dan Arahan Berkaitan dengan Bidang Veterinar/Ternakan
    Mengawal dan mengambil tindakan terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan di bawah akta, ordinan, enakmen, peraturan atau arahan yang berkaitan dengan bidang veterinar.
  6. Kesihatan Awam Veterinar
    Mengawal kualiti dan keselamatan makanan berasaskan hasil ternakan dan jangkitan penyakit zoonosis.
  7. Pengeluaran dan Bekalan Baka Ternakan
    • Membekalkan baka ternakan yang bermutu tinggi
    • Memproses permohonan pembelian ternakan di peringkat daerah dalam tempoh 7 hari waktu bekerja manakala keputusan permohonan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat dalam tempoh 7 hari waktu bekerja setelah permohonan diterima.
  8. Pelaksanaan dan Pemantauan Projek Pembangunan
    Melaksanakan lawatan terancang dan berjadual (LTJ) ke ladang-ladang penternak secara berkala untuk memberi perkhidmatan rundingan, teknikal dan kesihatan veterinar.
  9. Pembangunan Sumber Manusia
    Melaksanakan program latihan untuk membangun sumber manusia yang kompeten dan produktif dalam industri ternakan.
  10. Pemindahan Teknologi (Transfer of Technology)
    Sentiasa memodenkan sistem pengeluaran, pengurusan dan hasil ternakan ke arah meningkatkan kemahiran, kecekapan dan produktiviti para penternak dan pengusaha.
  11. Perkhidmatan Pakar Perunding
    Memberi perkhidmatan pakar perunding industri ternakan kepada penternak, pengusaha dan "stake holder" dalam perancangan projek ternakan mana yang relevan.
  12. Perkhidmatan Klinik Veterinar
    Memberi perkhidmatan klinik veterinar dengan cekap, profesional dan efisien.
  13. Perkhidmatan Diagnosa dan Ujian Makmal
    Memberi perkhidmatan diagnosa dan ujian makmal yang profesional dan berkualiti.