Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Pengeluaran Baka Lembu Pedaging

Pengenalan

Di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua, Rancangan Malaysia Ke Empat dan Rancangan Malaysia Ke Enam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah melalui Unit Pembangunan Sumber Genetik telah membangun lima buah lembu pedaging ladang dalam usaha meningkatkan pengeluaran baka lembu pedaging bagi memenuhi permintaan baka daripada penternak yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Ladang-ladang yang dibangunkan adalah seperti berikut:

  • Stesen Pembiakan Ternakan Bt.16, Tawau (SPT Tawau)
  • Pusat Pembanyakan Ternakan Wario, Kota Belud (PPT Wario)
  • Pusat Pembanyakan Ternakan Timbang Menggaris, Kota Belud (PPT TM)
  • Pusat Pembanyakan Ternakan Entilibon, Telupid (PPT Entilibon)
  • Pusat Menternak Lembu Dara Kalumpang, Tawau (PLMD)

Objektif

Unit Pembangunan Sumber Genetik mempunyai objektif yang berikut dalam pembangunan ladang-ladang lembu pedaging:

  • Menghasilkan dan membekalkan baka ternakan ruminan yang bermutu kepada penternak Negeri Sabah untuk pembangunan industri ternakan yang mampan dan berdayasaing.
  • Membangun ladang-ladang Jabatan sebagai model ladang yang di iktiraf untuk dicontohi oleh penternak di Negeri Sabah.
  • Memberi khidmat kepakaran dan kemudahan latihan kepada kakitangan/penternak dalam pembangunan industri penternakan lembu, kambing, payau dan kerbau.
  • Menyediakan kemudahan penyelidikan berkaitan dengan ternakan ruminan kepada penyelidik-penyelidik dalam dan luar Jabatan.
  • Mengeluarkan produk-produk ternakan yang berkualiti untuk kegunaan domestik.

Data Pengeluaran

Pada masa kini ladang-ladang Jabatan mempunyai populasi lebih kurang 1880 ekor lembu pedaging dengan 830 ekor pembiak induk dan pembiak dara. Data terperinci (2004) bagi setiap ladang adalah seperti berikut:

LADANG

SPT Tawau

PPT Wario

PPT Entilibon

PPT TM

PLMD

Populasi (ekor):

524

346

131

222

272

Pembiak    Induk   

223

128

56

93

84

Pembiak Dara

27

34

39

19

34

Kelahiran (ekor)

158

52

13

49

60

Penjualan (ekor):

 

 

 

 

 

Takai

32

16

1

13

14

Biakbaka

41

1

5

2

18

Pengagihan

43

17

3

12

 


 
Pada tahun 2003, Jabatan telah memeterai perjanjian dengan pihak MARDI dan Department of Business, Industry and Resource Development, Northern Territory, Australia dalam pemindahan teknologi untuk pembangunan lembu pedaging di Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, latihan yang berkaitan juga diadakan untuk Pengurus-Pengurus Ladang bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

 

Baka Lembu Pedaging

Dalam usaha Jabatan meningkatkan pembekalan baka-baka lembu pedaging, Jabatan melalui ladang-ladang jabatan telah berusaha menjalankan pembiakan baka-baka lembu pedaging. Di Sabah terdapat beberapa baka lembu pedaging yang sedang dikaji kesesuaiannya dengan keadaan setempat seperti:

  • Baka Brahman
  • Baka Kacukan Brahman
  • Baka Simbrah
  • Baka Droughtmaster
  • Baka Bali
  • Baka Kacukan Bali

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

Unit Pembangunan Sumber Genetik
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.

Tel: 088-287407
Fax: 088-287418