Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Unit Penguatkuasaan

1. Unit Operasi 

  • Mengurus aduan-aduan awam dan menangani isu-isu berbangkit penguatkuasaan undang-undang Jabatan.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan operasi dan perisikan meklumat kepada penguatkuasaan daerah.
  • Merancang dan menyelaras operasi-operasi khas dan operasi bersama dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu-isu semasa yang menjadi tumpuan masyarakat.

2. Unit Penyiasatan 

  • Menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes yang diperolehi daripada operasi-operasi khas dan kes-kes daripada kawalan pintu-pintu masuk yang memerlukan perhatian khusus.
  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang penyiasatan kes kepada pegawai-pegawai penyiasat di daerah.
  • Memantau proses pelupusan barang-barang kes yang telah selesai dan barang kes yang pemiliknya gagal dikenalpasti atau tidak dituntut.

3. Unit Pendakwaan 

  • Menjalankan pendakwaan terhadap kes-kes yang memerlukan perhatian khusus dan kes-kes yang diperolehi dalam operasi-operasi khas yang dijalankan.
  • Memantau urusan pendakwaan kes-kes yang didaftar di bawah Undang-Undang Jabatan yang dikuatkuasakan.