Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Makmal Kesihatan Awam Veterinar

FUNGSI MKAV KOTA KINABALU

1. Menyediakan khidmat analisa makmal yang lengkap dan berteknologi ke arah menyokong dasar dan program keselamatan makanan hasil ternakan di Sabah.

2. Menyediakan khidmat sokongan analisis makmal bagi skim-skim pensijilan dan akreditasi yang diperkenalkan di negeri Sabah sebagai usaha meningkatkan taraf kualiti dan keselamatan hasil ternakan keluaran tempatan.

3. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan keselamatan makanan dan pembangunan kaedah-kaedah analitik.

4. Bertindak sebagai makmal pusat (Central Lab) dan makmal rujukan (Reference Lab) kesihatan awam veterinar bagi negeri Sabah.

5. Menyediakan khidmat latihan makmal terutamanya pemantauan kualiti dan keselamatan makanan.