Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Profil Jabatan

Logo Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

TAFSIRAN LOGO

Keterangan:       

Logo ini merupakan kesinambungan daripada logo yang lama di mana terdapat lingkaran yang bertulis nama jabatan yang baru iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

 

Tanduk:

Mewakili visi dan misi jabatan iaitu:

 

  • Industri ternakan yang komersial, bersepadu dan mantap untuk mengeluarkan makanan yang berkualiti bagi mencapai tahap sara diri yang berkekalan dan eksport.

 

  • Memberikan perkhidmatan veterinar dan pengurusan ternakan yang professional sebagai pemangkin kepada industri ternakan yang mantap bagi membekal makanan daripada hasil ternakan yang bermutu dan selamat.

 

Huruf V:

Melambangkan perkhidmatan veterinar serta lima (5) objektif utama Jabatan iaitu:

 

  • Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Menentukan bahan-bahan haiwan untuk makanan suci, bersih dan sesuai untuk dimakan.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri haiwan yang mantap.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri makanan haiwan.
  • Menentukan kebajikan dan kesejahteraan semua haiwan sentiasa terpelihara.

Bentuk Telur:

Menggambarkan   simbol   benih  lembaga   di mana  semua   kehidupan  bermula   untuk

pertumbuhan dan perkembangan

 

Warna Ungu:

Mewakili perkhidmatan  veterinar.

 

Warna Putih:

Menggambarkan  kebersihan  bumi  Negeri  Sabah,   di  mana  status   kesihatan  yang  bebas

daripada penyakit haiwan utama.

 

Warna Hijau:

Mewakili  kawasan  kehijauan  dalam  negeri  iaitu  padang   ragut   dan  makanan   untuk

ternakan

 

Warna Merah:

Mewakili perkhidmatan yang diamanahkan kepada jabatan.

 

Pada keseluruhannya logo ini melambangkan moto jabatan iaitu Pengeluaran dan kesihatan ternakan yang mapan.