Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Pengeluaran Baka Kambing dan Biri-biri

Pengenalan

Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah mempunyai lima buah ladang kambing yang bertanggungjawab dalam pengeluaran baka-baka kambing untuk penternak-penternak di Sabah. Ladang-ladang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Pusat Pembiakan Kambing Bongawan, Papar (PPK BGN)
  • Pusat Pembiakan Kambing Purutan, Tambunan (PPK PTN)
  • Pusat Pembiakan Kambing, Lahad Datu (PPK LD)
  • Pusat Pembiakan Kambing, Telupid (PPK TLD)
  • Pusat Pembiakan Bebiri, Ranau (PPB RNU)

Fungsi Dan Peranan

  1. Membiakbaka ternakan kambing dan bebiri bermutu tinggi untuk dijual dan diagihkan kepada para penternak.
  2. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan keatas pembiakan, pemakanan dan pengawalan penyakit ternakan kambing dan bebiri
  3. Memberi latihan serta khidmat nasihat dalam pengurusan dan penternakan kambing dan bebiri kepada penternak yang berminat.

Maklumat Ladang

Pada umumnya ladang-ladang kambing jabatan mempunyai populasi kambing lebih kurang 1400 ekor dimana terdapat 850 ekor pembiak induk dan 85 ekor pembiak dara bagi kelima-lima ladang yang dinyatakan. Maklumat ladang adalah seperti berikut:

LADANG

PPK BGN

PPK PTN

PPK LD

PPK TLD

PPB RNU

Keluasan Improve Pastura (ekar)

90

400

60

91

35

Populasi (ekor)

389

569

342

134

343

Pembiak Induk

183

338

175

38

117

Pembiak Dara

46

 

21

17

30

Kelahiran (ekor)

172

239

82

109

137

Penjualan (ekor):

 

 

 

 

 

Takai

33

19

13

24

52

Biakbaka

54

43

29

2

30

Baka Kambing

Pada masa ini Jabatan hanya menumpukan kepada dua jenis baka utama sahaja dalam pengeluaran baka-baka kambing ia itu baka AUSTRALIAN FERAL GOAT dan BOER. Selain itu Jabatan juga membuat pembiakan kacukan diantara kedua-dua baka tersebut bagi mendapatkan baka kacukan yang bermutu tinggi. Hasil pembiakan dan baka-baka yang dihasilkan diharap akan dapat meningkatkan genetik kambing para penternak.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

Unit Pembangunan Sumber Genetik
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.

Tel: 088-287407
Fax: 088-287418