Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Veterinary Inspection Legend (VIL)

VIL adalah satu lambang pengiktirafan program pemeriksaan veterinar berasaskan kepada amalan GMP (Good Manufacturing Practices) bagi loji/premis yang terlibat dalam aktiviti penyembelihan dan pemprosesan daging. Program ini diperkenalkan dan dilaksanakan oleh DVS Sabah sebagai salah satu strategi untuk menaiktaraf "meat safety standard" di Negeri Sabah. Pelaksanakan program ini adalah selaras dengan penguatkuasaan "Slaughterhouses Rules 2003" dan " Meat Inspection Rules 2003".

Objektif program ini ialah :

  • Untuk memastikan loji/premis penyembelihan yang berlesen akur terhadap asas GMP.
  • Untuk memastikan standard minima kriteria infrastruktur, proses dan pengetahuan pekerja akur terhadap kehendak "Slaughterhouses Rules 2003" dan " Meat Inspection Rules 2003".
  • Untuk memastikan daging dan hasilan daging tempatan akur terhadap standard keselamatan makanan di bawah "Food Act 1983", "Food Regulations 1985" dan "Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, KKM".
  • Untuk memastikan penyembelihan dan aktiviti pemprosesan akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlindungan Alam sekitar dari segi kesan sampingan pencemaran.


Program ini adalah "pre-requisite requirement" untuk mendapatkan lesen loji/premis penyembelihan dan pemprosesan daging dan hasilan daging untuk kegunaan awam.