Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Lawatan Pemantauan Bagi Program dan Projek RMK12 dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)

Lawatan Pemantauan ke daerah Tuaran pada 9hb September 2021 yang bertujuan untuk memantau Kemajuan pelaksanaan projek-projek yang sedang dilaksanakan di Daerah Tuaran. Lawatan ini membantu pihak UPEN untuk menilai program dan projek yang telah diluluskan dalam RMK12.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah juga memberikan taklimat tapak berkaitan projek yang telah diluluskan dalam RMK12 di Daerah Tuaran dan seterusnya membawa pihak UPEN membuat lawatan ke beberapa projek yang dicadangkan.

Rombongan dari pihak UPENS sebanyak 26 pegawai diketuai oleh Pengarah UPEN Puan Helena Masry, dan turut hadir adalah Pengarah DVS Dr Peter Lee, Timbalan Pengarah BPIT Dr Hjh Normah dan Timbalan Pengarah BPPI Dr Maria E Kissey serta beberapa pegawai DVS. 

Lawatan ini dijalan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Gambar-gambar boleh didapati di Galeri.Foto