Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Majlis Amanat dan Persaraan Wajib Tuan Pengarah

Pada tanggal 3 Ogos 2021 (Selasa) jam 2.00 petang telah diadakan Majlis Amanat Pengarah dan Persaraan Dr Peter A.K Lee Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah bagi tahun 2021. Majlis yang diadakan telah dilaksanakan secara atas talian yang dihadiri oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari seluruh sabah.

Beliau memulakan tugas beliau dalam Jabatan Veterinar pada 02 Mei 1985 di  Wilayah Tawau, kemudian berpindah ke wilayah Keningau seterusnya ke wilayah Sandakan dan tempat bertugas beliau yang terakhir adalah di IbuPejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Beliau menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Perkhidmatan Veterinar Sabah pada 03 ogos 2021.

Beliau merupakan seorang pegawai yang sangat perihatin, dedikasi dan mengambil berat dengan kakitangan bawahannya. Sikap peramah dan senyum selalu membuatkan ramai kakitangan DVS senang untuk bertugas dan bekerjasama dengan beliau.

Setelah Selesai Amanat secara atas talian,sekitar jam 5.00 petang, Pengarah melakukan Thumbprint yang terakhir kalinya yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah dan beberapa kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. 

Gambar-gambar boleh didapati di Galeri.Foto