Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Majlis Amanat Pengarah DVS Sabah

𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑫𝑽𝑺 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉

YBhg. Dr. Hajah Normah Yusop.

Majlis ini dihadiri oleh Dr Mary Josephine S. Golingai, Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Veterinar, Dr Maria Edward Kissey, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi, Dr Jamaun Angkap,Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Dr Lim Hoon Khiong

Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Daerah, Dr Zul Bahar Hj. Abdul Rashid Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Perkhidmatan Veterinar, Penolong-Penolong Pengarah Kanan, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Veterinar, Pegawai-Pegawai Penyelidik Dan Semua Warga Veterinar.

Majlis di mulakan dengan bacaan Doa. Pengarah telah menyampaikan amanat beliau dan beliau juga menyentuh beberapa aspek pentadbiran dan seterusnya Hala Tuju Jabatan Dalam Core Business Utama Pembangunan Industri Ternakan Dan Kesihatan Veterinar.

Slot pengucapan awam pula, telah diisi oleh PPs Tuan Garit Laga mengenai Taklimat Integriti Penjawat Awam dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah dan Encik Yusrinsyam bin Yusop mengenai 𝘚𝘦𝘹𝘶𝘢𝘭 𝘏𝘢𝘳𝘢𝘴𝘴𝘮𝘦𝘯𝘵 dari Penolong Pengarah Seksyen Petadbiran DVS Sabah.

Majlis di akhiri dengan penyerahan Sijil-sijil Penghargaan kepada Tuan Garit Laga dan Encik Yusrinsyam bin Yusop.

Gambar-gambar boleh didapati di Galeri.Foto