
Bengkel Analisis Risiko Penyakit Haiwan dan Zoonotik Negeri Sabah Siri 2/2026 telah dilaksanakan pada:
17 – 19 September 2026
Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu
Anjuran: DVS Sabah dengan kerjasama Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia.
Bengkel ini bertujuan untuk melaksanakan analisis risiko penyakit secara sistematik dan berasaskan bukti, mengenal pasti faktor risiko serta laluan penularan penyakit, menilai impak penyakit terhadap kesihatan haiwan dan awam, sosioekonomi serta keselamatan makanan, di samping memperkukuh strategi kawalan, pencegahan dan kesiapsiagaan penyakit.
Penyakit yang menjadi fokus analisis adalah:
• Japanese Encephalitis (JE) di Tenom
• Rabies di Sabah
• Anthrax di P. Sebatik
• Foot-and-Mouth Disease (FMD) di P. Sebatik
Secara keseluruhannya, bengkel telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan melalui perkongsian kepakaran, perbincangan teknikal serta input daripada pelbagai agensi yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Pengarah DVS Sabah, Dr Zul Bahar bin Abdul Rashid, serta semua wakil agensi yang hadir, khususnya daripada DVS Malaysia, KKM/JKNS, Jabatan Hidupan Liar dan Universiti Putra Malaysia, atas komitmen, kerjasama serta perkongsian input sepanjang pelaksanaan bengkel ini.