
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Wilayah Keningau dengan sukacitanya akan mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Agihan Khas Ternakan Integrasi-50 (BAKTI-50) dan Bantuan Pembangunan Padang Ragut sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DVS Sabah.
Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Lokasi: Padang Ragut Lagud, Tenom
Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Jamawi Jaafar Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Program ini bertujuan memperkukuh pembangunan sektor penternakan dan padang ragut di Sabah melalui penyaluran bantuan kepada para peserta serta menyokong usaha meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan komuniti penternak.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri penternakan yang lebih mampan dan berdaya saing di negeri Sabah.