
YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, telah mengadakan lawatan ke Ladang Kinarom Valley, Kota Marudu bagi meninjau operasi penternakan lembu tenusu.
Lawatan ini bertujuan melihat sendiri pengurusan ladang, perkembangan industri tenusu serta usaha-usaha yang dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran susu segar di negeri ini.