
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) Daerah Kota Marudu turut mengadakan pameran sempena Program Jelajah Kebun Dapur Daerah Kota Marudu yang berlangsung di Padang Pekan Kota Marudu.
Pelbagai tarikan disediakan untuk pengunjung, antaranya pameran ternakan hidup, pameran produk-produk ternakan, jualan kambing golek, burung puyuh goreng, itik panggang, telur masin, serta jualan anak ayam, anak itik dan anak burung puyuh.
Program ini bertujuan mempromosikan industri penternakan tempatan, memperkenalkan produk-produk berasaskan ternakan kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap peranan sektor penternakan dalam menjamin keselamatan makanan dan menyokong pembangunan ekonomi setempat