
Tema: Inovasi Bersama, Perkhidmatan Diperkasa
Seramai 210 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada warga DVS Negeri serta penternak dari seluruh negeri.
Program pada hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, diikuti dengan pembentangan inovasi yang melibatkan dua sesi utama. Pada sesi pagi, sebanyak 7 kumpulan telah membentangkan projek bagi kategori Perkhidmatan, manakala pada sesi petang pula sebanyak 6 kumpulan telah membentangkan projek bagi kategori Teknologi.
Pelbagai idea kreatif dan penyelesaian inovatif telah dipersembahkan, mencerminkan komitmen dan usaha berterusan dalam memperkasakan inovasi dalam sektor perkhidmatan veterinar.
Pada hari kedua sesi pagi, sebanyak 7 kumpulan telah membentangkan projek bagi Kategori Pendigitalan , yang merupakan kategori terakhir bagi penyertaan daripada jabatan. Pelbagai inovasi berasaskan pendigitalan telah dipersembahkan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menyokong transformasi digital dalam sektor veterinar. Sesi petang pula diteruskan dengan pembentangan Kategori Industri (Pengeluaran Ternakan) yang melibatkan 6 kumpulan.
Pembentangan ini mengetengahkan pelbagai inovasi yang berpotensi meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi serta pembangunan industri penternakan negara.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, urus setia dan jawatankuasa penganjur yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan hari pertama program ini.