
Program ini merupakan kesinambungan dari Seminar Pemakanan Ternakan Ruminan Siri 1 yang diadakan secara maya dengan sesi perkongsian dari Peternak Jaya dari setiap wilayah. Objektif program ini adalah sebagai satu platform untuk perkongsian ilmu berkaitan dengan kesihatan ternakan gerompok dan penyediaan makanan alternatif daripada penternak kepada penternak dalam memperkasakan lagi industri ruminan di negara Malaysia khususnya di negeri Sabah.