Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Bengkel MS ISO 9001:2015 Bahagian Pembangunan Industri Ternakan

Bengkel MS ISO 9001:2015 Bahagian Pembangunan Industri Ternakan  (Bhg.PIT) telah diadakan selama 2 hari bertempat di Bilik Mesyuarat Bos Indicus Ibu Pejabat DVS Sabah Kota Kinabalu. 

Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk pemantapan dan penambahbaikan Prosedur Kerja Operasi yang sedia ada di Bhg. PIT.

Puan Erizia Ejoh Pegawai Dokumen MS ISO jabatan telah bertindak sebagai Fasilitator kepada Bengkel yang diadakan ini.

Seramai 20 orang anggota Bhg. PIT dari Ibu Pejabat dan daerah telah terlibat.  Turut hadir Timbalan Pengarah Dr. Hjh. Normah Yusop dan Pegawai-Pegawai Bhg. PIT di Ibu Pejabat.

Gambar-gambar boleh didapati di Galeri.Foto