
Satu sesi perbincangan telah diadakan berhubung pengambilalihan operasi pengeluaran makanan ternakan oleh CAB daripada Cargill, yang kini dikenali sebagai DESA CAB.
Turut dibincangkan adalah cadangan pembangunan Ladang Parent Stock (PS) Ayam di Sabah menerusi pelaksanaan projek secara Public-Private Partnership (PPP) sebagai langkah strategik memperkukuh sekuriti makanan dan meningkatkan kapasiti industri ternakan ayam negeri Sabah.
Kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan sektor swasta ini dijangka dapat menyokong pembangunan rantaian bekalan industri ternakan yang lebih mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi kepada pembangunan industri agromakanan negeri.
Sesi perbincangan diadakan bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Dr. Zul Bahar, Ketua Seksyen Komoditi En Kennedy Juani dan Penolong Pengarah Unit PSG En. Johnny Engkias