
Bengkel kesedaran kesihatan mental dan kesejahteraan pisikologi ini untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kestabilan emosi serta membina daya tahan psikologi dalam mendepani cabaran kerjaya dan kehidupan seharian. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik pengurusan stres, kaedah komunikasi berkesan, serta cara-cara mengenal pasti tanda-tanda awal kelesuan mental.
Acara majlis penutupan bengkel ini sampai oleh Dr. Lorren Adam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama para peserta, menandakan kejayaan satu inisiatif yang sangat diperlukan dalam memupuk budaya kerja yang sihat dan harmoni di MAFFI