
Program Sesi Dialog Bersama Pengusaha Rantaian Bekalan Daging di Wilayah Keningau ini telah melibatkan pengurus-pengurus Rumah Penyembelihan Haiwan (RPH), para penternak, pengurus pasar raya, dan para penjual daging di tamu yang ada di sekitar daerah Keningau, Sook, Tambunan, Tenom, dan Nabawan. Program ini merupakan anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Wilayah Keningau dengan kerjasama daripada Seksyen Perkhidmatan Veterinar (SPV), DVS Sabah dan juga telah menjemput Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau dan Pegawai Teknologi Makanan dari Pejabat Kesihatan Keningau selaku penceramah dan panel bagi sesi dialog tersebut. Antara topik ceramah yang telah disampaikan adalah Pengoperasian Rumah Sembelih Haiwan, Penguatkuasaan Aktiviti Penyembelihan Haiwan, Keselamatan Makanan Produk Daging, dan Perlesenan Premis. Ceramah kemudiannya disusuli dengan program sesi dialog bagi membincangkan isu-isu berkaitan.