
Kempen Kebajikan Haiwan - Responsible Pet Ownership - 6 Ring Fun Cat Show sempena Hari Kucing Sedunia telah diadakan pada 6hb Ogos 2023 di Dewan Kebudayaan Lundayeh, Sipitang dan melibatkan seramai lebih 100 orang pengunjung dan 48 ekor kucing baka terpilih untuk dipertandingkan dalam 13 kategori yang disediakan. Kempen ini dianjurkan bersama DVS Wilayah Beaufort, DVS Sipitang, Unit Kebajikan Haiwan dan Kelab Sayang Kucing Sipitang (Ding Dong) bertujuan utk menjalin hubungan antara kerajaan dan persatuan pencinta kucing untuk sayang kucing dan menjaga kebajikan kucing dengan memastikan diberi rawatan dan vaksin agar terhindar dari penyakit berjangkit. Majlis ini dirasmikan oleh Dr. Nur Astri Fadzillah Mechor, Penolong Pengarah Wilayah Beaufort yang mewakili Pengarah DVS Sabah. Turut serta dalam kempen ini ialah Dr. Naomi Martin dan Dr. Melissa Peter yang memberi taklimat dan perkongsian berkenaan rabies virus dan feline panleukopenia virus, serta taklimat Enakmen Kebajikan Haiwan 2015- pelesenan aktiviti berkaitan haiwan oleh Pn. Tracy Samson Shak.