
22 – 26 Jun 2026 | Ladang Ruminan Sebrang
???????????????????????? ???????????? ???????????????????????????????????????????????? ???????????????????????????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????????????????
DVS Sabah telah menganjurkan Kursus Pra Pentauliahan Jurusuntik Permanian Beradas pada 22 hingga 26 Jun 2026 bertempat di Ladang Ruminan Sebrang. Kursus ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada wakil syarikat GLC dan penternak persendirian, serta 5 orang anggota DVS Sabah.
Bagi memastikan pengisian kursus dilaksanakan secara berkesan, DVS Sabah telah menjemput seramai tujuh orang tenaga pengajar daripada Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan, Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi Penternakan, DVS Putrajaya yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang pembiakan serta pembakaan ternakan.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan peserta dalam pelaksanaan teknik permanian beradas, di samping melahirkan jurusuntik permanian beradas yang bertauliah di Sabah.
Kursus ini juga dilaksanakan bagi menyokong pembangunan industri ruminan negeri melalui pengukuhan perkhidmatan pembiakan ternakan yang lebih sistematik, berkesan dan mengikut amalan teknikal yang betul.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah diberi pendedahan melalui sesi teori dan latihan amali yang merangkumi asas pembiakan ternakan, pengendalian peralatan permanian beradas, teknik pengesanan berahi, kaedah penyimpanan dan pengendalian straw, prosedur pelaksanaan permanian beradas di lapangan serta sistem perekodan. Bagi menilai tahap kefahaman dan kemahiran peserta, kursus ini turut merangkumi ujian teori dan ujian amali sebagai sebahagian daripada proses penilaian pra pentauliahan.
Proses pentauliahan ini tidak terhenti setakat penyertaan dalam kursus sahaja. Para peserta akan melalui satu tempoh penilaian selama enam bulan atau kurang, tertakluk kepada pelaksanaan aktiviti permanian beradas di lapangan serta pencapaian KPI yang telah ditetapkan. Setelah memenuhi syarat dan penilaian yang ditetapkan, peserta yang layak akan diiktiraf oleh pihak Malaysian Veterinary Council (MVC) sebagai Jurusuntik Permanian Beradas yang bertauliah di negeri Sabah dan seterusnya berupaya memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan di negeri Sabah.