
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr Zul Bahar bersama dengan Dr. Lorren Adam dan Thomas Sugara telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Jamawi Jaafar berhubung pelaksanaan dan perancangan Program Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah).
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), bagi membincangkan hala tuju, pengisian program serta persiapan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan sambutan Jubli Emas DVS Sabah dapat berlangsung dengan jayanya dan memberi impak yang signifikan kepada sektor veterinar dan penternakan di negeri Sabah.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kementerian dan jabatan dalam memperkukuh pembangunan industri ternakan serta menghargai sumbangan DVS Sabah sepanjang 50 tahun perkhidmatannya kepada rakyat dan industri negeri.