
Program Penerangan Bantuan DVS Sabah telah berjalan lancar dengan penyertaan seramai 250 orang penternak, syarikat, persatuan ternakan & koperasi Padang Ragut seluruh Sabah.
Program ini merupakan platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan bantuan, projek dan inisiatif jabatan dengan lebih jelas.
Taklimat telah disampaikan oleh:
1. Tn. Cyril Jinuil – Projek Ruminan Tenusu RMKe-13
2. Dr. Noorsyakilah Mohamud – Projek Ruminan Pedaging RMKe-13
3. Tn. Daniel Juim – Projek Padang Ragut
4. Tn. Daniel Juim - Bantuan Bencana Alam
5. Dr. Noorsyakilah binti Mohamud - Program Bantuan Agihan Khas Ternakan Integrasi 50 (BAKTI50)
6. Tn. Kennedy Juani – Inisiatif Induk Unggas Berkualiti
Semoga taklimat yang disampaikan dapat membantu semua penternak dan rakan industri memahami serta memanfaatkan bantuan dan inisiatif yang ditawarkan oleh DVS Sabah dan seterusnya dapat memperkasa lagi industri penternakan di negeri Sabah.
Link slide berkaitan taklimat yang disampaikan