
Ladang Ruminan Telupid telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Jamawi Jaafar bagi meninjau perkembangan sektor penternakan di daerah Telupid. Lawatan ini memberi ruang untuk berkongsi perkembangan semasa, cabaran serta perancangan masa hadapan dalam memperkukuhkan industri penternakan ruminan.
Turut diadakan lawatan ke kawasan Ladang Kerbau dan Rusa bagi melihat sendiri pengurusan ternakan serta kemudahan yang disediakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Datuk Jamawi Jaafar atas kesudian meluangkan masa ke Ladang Ruminan Telupid. Semoga usaha memperkasakan sektor pertanian dan penternakan terus diperkukuhkan.