Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

HEBAHAN BANCI TERNAKAN NEGERI SABAH 2021

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah sedang melaksanakan program Banci Ternakan di seluruh Sabah. Program ini adalah bertujuan mendapatkan data-data lengkap berkaitan industri ternakan dan perkhidmatan veterinar untuk keperluan penggubalan
dasar, kawalan penyakit serta lain-lain program berkaitan. Banci ini adalah merangkumi semua jenis haiwan peliharaan domestik termasuk anjing dan kucing.

Sehubungan itu, dalam tempoh Banci Ternakan yang akan berakhir pada hujung bulan April 2021, pembanci-pembanci dari Pejabat DVS daerah yang boleh dikenali dengan tanda nama khas akan menemuramah pengusaha-pengusaha ladang ternakan dan pemilik-pemilik
haiwan peliharaan di daerah masing-masing dengan pematuhan ketat SOP PKPB semasa.

Pihak DVS Sabah memohon kerjasama semua pihak yang berkenaan sepanjang Banci Ternakan 2021 ini berjalan dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
22 Februari 2021