Pengenalan
Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah mempunyai lima buah ladang kambing yang bertanggungjawab dalam pengeluaran baka-baka kambing untuk penternak-penternak di Sabah. Ladang-ladang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pusat Pembiakan Kambing Bongawan, Papar (PPK BGN)
- Pusat Pembiakan Kambing Purutan, Tambunan (PPK PTN)
- Pusat Pembiakan Kambing, Lahad Datu (PPK LD)
- Pusat Pembiakan Kambing, Telupid (PPK TLD)
- Pusat Pembiakan Bebiri, Ranau (PPB RNU)
Fungsi Dan Peranan
- Membiakbaka ternakan kambing dan bebiri bermutu tinggi untuk dijual dan diagihkan kepada para penternak.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan keatas pembiakan, pemakanan dan pengawalan penyakit ternakan kambing dan bebiri
- Memberi latihan serta khidmat nasihat dalam pengurusan dan penternakan kambing dan bebiri kepada penternak yang berminat.
Maklumat Ladang
Pada umumnya ladang-ladang kambing jabatan mempunyai populasi kambing lebih kurang 1400 ekor dimana terdapat 850 ekor pembiak induk dan 85 ekor pembiak dara bagi kelima-lima ladang yang dinyatakan. Maklumat ladang adalah seperti berikut:
LADANG |
PPK BGN |
PPK PTN |
PPK LD |
PPK TLD |
PPB RNU |
---|---|---|---|---|---|
Keluasan Improve Pastura (ekar) |
90 |
400 |
60 |
91 |
35 |
Populasi (ekor) |
389 |
569 |
342 |
134 |
343 |
Pembiak Induk |
183 |
338 |
175 |
38 |
117 |
Pembiak Dara |
46 |
|
21 |
17 |
30 |
Kelahiran (ekor) |
172 |
239 |
82 |
109 |
137 |
Penjualan (ekor): |
|
|
|
|
|
Takai |
33 |
19 |
13 |
24 |
52 |
Biakbaka |
54 |
43 |
29 |
2 |
30 |
Baka Kambing
Pada masa ini Jabatan hanya menumpukan kepada dua jenis baka utama sahaja dalam pengeluaran baka-baka kambing ia itu baka AUSTRALIAN FERAL GOAT dan BOER. Selain itu Jabatan juga membuat pembiakan kacukan diantara kedua-dua baka tersebut bagi mendapatkan baka kacukan yang bermutu tinggi. Hasil pembiakan dan baka-baka yang dihasilkan diharap akan dapat meningkatkan genetik kambing para penternak.
Keterangan Lanjut
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
Unit Pembangunan Sumber Genetik
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel: 088-287407
Fax: 088-287418