Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Department of Veterinary Services Sabah

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah

Pengeluaran Baka Rusa

Pada masa ini DVS Sabah memiliki dua (2) buah ladang pembiakan rusa untuk membiak baka Rusa tempatan atau Sambar deer (Cervus unicolor brookei), Rusa Indonesia (Axix-axis), Rusa Merah (Cervus elaphus) dan Rusa Timorensis (Cervus Timorensis) untuk dijual kepada para penternak. Ladang-ladang pembiakan tersebut adalah seperti berikut:

Projek Pembangunan Rusa, Sebrang, Keningau

Latar Belakang

Projek ini telah mula dibangunkan pada 1977. Kini kawasan tanah seluas 30 ekar telah dibangunkan dan mempunyai 180 ekor rusa. Pada tahun 2000, sebanyak 17 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

  • Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.
  • Menjalankan penyelidikan ke atas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.
  • Menjalankan kajian keatas penggunaan tanduk rusa (Velvet) untuk diproses menjadi ubat .
  • Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa. 

Alamat

Sebrang, Keningau
Tel No: 087-331546
Fax No: 087-331546

Projek Pembangunan Rusa, Telupid

Latar Belakang

Projek ini seluas 81 ekar dan ditempatkan dengan ternakan rusa pada 1994 dan kini mempunyai 556 ekor rusa. Pada tahun 2000, sebanyak 176 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.
Menjalankan penyelidikan keatas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.
Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa.

Alamat

Telupid, Sandakan.
Tel No: 011-820356
Fax No: Tiada


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

Seksyen Komoditi,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah,
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah,
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu,
Sabah.

Tel: 088-287407 Fax: 088-287418