Text Resize

-A A +A

Switch style

DVS Sabah Penganjur Pertandingan Acara Futsal Sempena Sukan Dwi Tahunan MAFI 2019

Pertandingan Acara Futsal Sempena Sukan Dwi Tahunan MAFI 2019 anjuran DVS Sabah telah berlangsung pada 7 September 2019(Sabtu) di Gelanggang Futsal Yayasan Sabah. Pertandingan sehari tersebut terbuka kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah serta Jabatan dan Agensi di bawahnya. Sebanyak tiga (3) kategori dipertandingan iaitu Kategori Lelaki Terbuka, Kategori Wanita Terbuka dan Kategori Lelaki Veteran. Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah keputusan yang melibatkan Pasukan Futsal DVS Sabah.:-

  • Kategori Lelaki Terbuka – Tempat Ketiga
  • Kategori Wanita Terbuka – Naib Johan
  • Kategori Lelaki Veteran – Tempat ketiga

 
Majlis Perasmian Pertandingan telah disempurnakan oleh Tn Hj Ir Samto Sulah, Timbalan Pengarah Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi manakala Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh En Kennedy Juani selaku Pengerusi Penganjur Pertandingan Futsal sempena Sukan Dwi Tahunan MAFI 2019.

Last updated: 24/10/2019