Text Resize

-A A +A

Switch style

Soalan Lazim

  1. Di manakah lokasi Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah?

    Aras 3, Blok B, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Off Jalan Maktab Gaya, 88624 Luyang, Kota Kinabalu.

    Nombor telefon: 088-287400 

    Nombor Faks: 088-238418

  2. Bagaimanakah cara untuk memohon permit import dan eksport?

    Permohonan permit import dan eksport boleh dibuat secara online di dalam Sistem DaVetSa di url: www.davetsa.sabah.gov.my. Pengguna perlu mendaftar sebelum boleh mengaksesnya.

  3. Apakah Sistem DaVetSa?

    Pembangunan Databank Veterinar Sabah (DaVetSa) merupakan satu usaha Jabatan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan khususnya kepada kumpulan sasar sektor ternakan di Sabah melalui penggunaan ICT. Terdapat 16 modul aplikasi yang telah dibangunkan dalam sistem DaVetSa. Melalui sistem ini, pelanggan boleh berurusan dengan Jabatan melalui aplikasi online.

  4. Di mana boleh mendapatkan perkhidmatan klinik haiwan kesayangan?

    Selain klinik haiwan swasta, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak juga ada menyediakan perkhidmatan klinik haiwan kesayangan di semua pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Wilayah (Beaufort, Kota Kinabalu, Kudat, Keningau, Sandakan dan Tawau).

  5. Apakah projek-projek penternakan yang disediakan oleh Jabatan?

    Projek-projek penternakan di bawah Projek Sosioekonomi Jabatan ialah Skim Pawah Kambing, Skim Pawah Menternak Kerbau, Skim Pekebun Kecil Lembu Pedaging, Projek Lembu Tenusu dan Projek Rusa.

  6. Bagaimana cara memohon Projek Sosioekonomi Jabatan?

    Pemohon boleh memohon melalui pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak daerah terdekat. Sila merujuk kepada pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak daerah terdekat untuk makluman lanjut.

  7. Bagaimana cara membeli baka ternakan?

    Pemohon boleh memohon pembelian baka ternakan melalui pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak daerah terdekat. Sila merujuk kepada pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak daerah terdekat untuk makluman lanjut.

  8. Apakah status penyakit ternakan di negeri Sabah?

    Sabah telah diisytihar bebas daripada penyakit Kuku dan Mulut oleh OIE pada 27 Mei 2004. Sabah juga bebas daripada lain-lain penyakit ternakan seperti HPAI, Rabies, Rinderpest, Anthrax, BSE, dan Nipah Virus.

Last updated: 25/08/2017