Text Resize

-A A +A

Switch style

ARKIB

Mesyuarat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah Siri I/2011

Mesyuarat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah Siri I/2011 akan berlangsung mulai 22 - 24 Mac 2011 di Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan. Majlis Perasmian mesyuarat tersebut akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Pada majlis perasmian tersebut juga, YB Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin akan melancarkan Laman Web baru Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Seramai 90 orang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak dari seluruh negeri Sabah akan hadir.

20/03/2011
Last updated: 31/10/2017