VETERINARY INSPECTION LEGEND (VIL)
VIL adalah satu lambang pengikhtirafan program pemeriksaan veterinar berasaskan kepada amalan GMP (Good Manufacturing Practices) bagi loji/premis yang terlibat dalam aktiviti penyembelihan dan pemprosesan daging. Program ini diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak sebagai salah satu strategi untuk menaiktaraf "meat safety standard" di Negeri Sabah. Pelaksanakan program ini adalah selaras dengan penguatkuasaan "Slaughterhouses Rules 2003" dan " Meat Inspection Rules 2003".
Objektif program ini ialah :
- Untuk memastikan loji/premis penyembelihan yang berlesen akur terhadap asas GMP.
- Untuk memastikan standard minima kriteria infrastruktur, proses dan pengetahuan pekerja akur terhadap kehendak "Slaughterhouses Rules 2003" dan " Meat Inspection Rules 2003".
- Untuk memastikan daging dan hasilan daging tempatan akur terhadap standard keselamatan makanan di bawah "Food Act 1083" dan "Food Regulations 1985".
- Untuk memastikan penyembelihan dan aktiviti pemprosesan akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlindungan Alam sekitar dari segi kesan sampingan pencemaran.
Program ini adalah "pre-requisite requirement" untuk mendapatkan lesen loji/premis penyembelihan dan pemprosesan daging dan hasilan daging untuk kegunaan awam.
- Login to post comments