Text Resize

-A A +A

Switch style

Taklimat Perkembangan Industri Walit Semasa dan Demo Pemasangan RFID Premis Walit

 
 
Satu taklimat mengenai perkembangan industri walit di Malaysia oleh pegawai kanan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya akan diadakan di Ibu Pejabat pada 28 Jun 2012. Pihak Malaysia Commission Multimedia Comunication(MCMC) juga turut sama memberi penerangan tentang RFID dan seterusnya akan membuat demo pemasangan RFID di premis walit terpilih di sekitar Kota Kinabalu. Semua timbalan pengarah, penolong pengarah wilayah, pegawai kanan Jabatan berkenaan, wakil-wakil daripada Persatuan Burung Walit Sabah dan Pengarah Hidupan Liar Sabah adalah antara jemputan yang dijangka akan hadir ke taklimat serta demo tersebut. Taklimat tersebut dijangkakan akan dipengerusikan oleh Ybhg. Dr. Yeo Boon Kiat Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah.
 
Sumber disediakan oleh:
Marius Gapang
Unit Aneka Ternakan