Text Resize

-A A +A

Switch style

Sejarah

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak merupakan salah satu daripada empat Jabatan di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Jabatan ini telah diwujudkan dalam tahun 1976. Sebelum ini sektor ternakan di Sabah telah dikawalselia oleh Jabatan Pertanian Sabah di bawah naungan Bahagian Perusahaan Ternak yang diketuai oleh seorang Penolong Pengarah.

Tugas utama pada waktu tersebut sebahagian besar meliputi program pencegahan jangkitan penyakit dan rawatan ternakan. Hanya pada 01 Januari 1976, Bahagian ini ditauliahkan menjadi sebuah jabatan dengan nama Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak diketuai oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Aktiviti Jabatan ini juga diperluaskan untuk mencakup pengeluaran dan pembangunan industri ternakan di Sabah.

Senarai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak:

Dr. Vincent Lee Thien Pow
( 01 Jan 1976 - 29 Nov 1982 )

Dr. Lai Kong Nam
( 06 Nov. 1982 - 19 Feb. 1984 )

Datuk Hj. Ibrahim Bin Mokhtar
( 20 Feb. 1984 - 14 April 2003 )

Datuk Hj. Awang Sahak B. Pengiran Salleh
( 15 April 2003 - 14 April 2010 )

Dr. Yeo Boon Kiat
( 15 April 2010 hingga kini )

Last updated: 06/01/2017