Text Resize

-A A +A

Switch style

Program Tracing Alumni For Collaboration & Engagement (Trace) Korporat Alumni UPM

Pusat Alumni Universiti  Putra  Malaysia (ACUPM) telah menganjurkan program Tracing Alumni For Collaboration & Engagement (Trace) Korporat Alumni UPM. Temu Mesra Alumni UPM ini telah diadakan pada 14 Ogos 2017 di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Kota Kinabalu. Program ini bertujuan menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara alumni UPM dengan Alma mater dan menghimpunkan semula para alumni UPM yang berada di sekitar Sabah. Rombongan ACUPM seramai 6 orang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Bakri Hj Ishak, Pengarah ACUPM. Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Veterinar Dr. Peter A.K Lee mengetuai alumni UPM lain yang terdiri daripada anggota jabatan ini.

Last updated: 31/10/2017