Text Resize

-A A +A

Switch style

Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Ternakan Ruminan Tenusu Negeri Sabah

DVS Sabah dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Kempen Program Putra Pemindahan Ilmu (PUTRAPIL) Ternakan Ruminan Tenusu Negeri Sabah mulai 18 Julai 2019 hingga 19 Julai 2019 yang lalu di Dewan Kuliah Institut Pendidikan Guru, Keningau, Sabah yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Daud Bin Yusof, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Saharee, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Dr. Mohd Zamri Saad, Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Madya Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Madya Dr. Halimatun Yaakub, Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Abdul Wahid Haron, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin, Jabatan  Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof. Dr. Mansor Abu Talib, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM,  Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila, Jabatan Patologi dan Mikrobiologi Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan Prof. Madya Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM. Seramai 100 peserta menghadiri program ini terdiri daripada pegawai dan anggota DVS Sabah serta penternak ternakan ruminan di Sabah.

Last updated: 24/10/2019