Text Resize

-A A +A

Switch style

Program Penyediaan dan Pengagihan Bubur lambuk

Program Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah telah berlangsung sebanyak 2 kali iaitu kali pertama pada 11 Jun 2017 di Perkarangan Kompleks JPHPT Kepayan yang mana sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada 800 orang yang terdiri daripada jemaah Masjid Al-Jannah Petagas, Masjid Kg. Contoh Petagas dan Surau Ibu Pejabat Polis Kepayan manakala kali kedua pada 14 Jun 2017 di Wisma Pertanian Sabah yang mana sebanyak 1200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada 700 orang anggota serta pelanggan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Kedua-dua majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. 

Last updated: 31/10/2017