Text Resize

-A A +A

Switch style

Program Pendaftaran Bilik Sejuk (Cold Room)

Bilik sejuk berdaftar merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan lesen import bagi daging dan hasilan daging. Program ini diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak sebagai salah satu strategi untuk memastikan daging dan hasilan daging yang diimport disimpan di tempat yang teratur dan selamat.

Pada masa ini pendaftaran bilik sejuk adalah percuma dan sijil pendaftaran sahlaku selama satu tahun. JPHPT berhak untuk membatalkan mana-mana sijil pendaftaran pada bila-bila masa jika didapati bilik-bilik sejuk berkenaan tidak mematuhi syarat minima yang ditetapkan oleh JPHPT.

Last updated: 06/01/2017