Text Resize

-A A +A

Switch style

Program Pemukiman Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian Projek –Projek Negeri dan Persekutuan

Program Pemukiman Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian Projek Persekutuan dan Negeri anjuran DVS Sabah telah berlangsung pada 4 Mac 2019 hingga 6 Mac 2019 di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dr Hj. Mechor Juinis @ Abd. Halim, Timbalan Pengarah Pembangunan Industri Ternakan, DVS Sabah. Beberapa Kertas Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Hj. Mechor Juinis @ Abdul Halim, Timbalan Pengarah Bahagian Industri Ternakan DVS Sabah, Dr. Maria E. Kissey, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Komoditi DVS Sabah, dan Permohonan Rolling Plan 4 (2020) Projek Pembangunan Persekutuan oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (TP PPI), Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Ketua Penolong Pengarah (KPP), Penolong Pengarah Kanan (PPK), Penolong Pengarah Kanan (PPK) Wilayah, Penolong Pengarah (PP), Penolong Pengarah (PP) Wilayah, Pegawai Penguasa Daerah, Pegawai Penguasa Unit dan Pusat, serta Pengurus Ladang DVS Sabah.

Last updated: 29/04/2019