Text Resize

-A A +A

Switch style

PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT (PJSR)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengambil bahagian dalam penjualan daging lembu dan telur masin sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang telah diadakan pada 21 Mac 2018 bertempat di Dataran Bandaraya yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak. Majlis anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) ini turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Hj Aman, Menteri KPDNKK YB. Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Zahrah Abd. Wahab. Program seumpama ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa tidak semua barang dapur di pasaran dijual pada harga tinggi.

Last updated: 05/06/2018