Text Resize

-A A +A

Switch style

Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah
Dr. Yeo Boon Kiat
 

Salam Sejahtera..


Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah. Laman web ini telah dikemaskini daripada versi lama dengan pelbagai ciri baru untuk memudahkan akses dan keperluan komunikasi. Antaranya, aplikasi elektronik ‘DaVetSa’ kini digabungkan dengan sesawang ini bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan melalui jaringan sejagat internet. Selain itu ciri interaktif bagi menyalurkan maklumbalas secara ‘online’ turut dibina.


Sektor ternakan di Sabah terus berkembang dengan cemerlang mengikut keperluan masa dan kehendak pelanggan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak sebagai agen pemangkin dan pemudahcara industri berusaha memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat tepat dan terkini kepada pemain industri, ‘stake holders’ dan para pengguna. Justeru laman web ini dibangunkan dengan tujuan ulung tersebut.


Jabatan juga mengalu-alukan cadangan dan teguran yang membina untuk menambahbaiki laman ini. Dengan demikian ia juga secara tidak langsung dapat memperkasakan pertumbuhan sektor ternakan. Semoga laman ini menepati fungsi dan manfaat sebagai sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.


Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini.

 

Dr. Yeo Boon Kiat
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah.

Last updated: 06/01/2017