Text Resize

-A A +A

Switch style

Persidangan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (PIT)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengadakan Persidangan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (PIT) pada 09 hingga 11 Oktober 2018 di Kudat Golf & Marina Resort yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr. Hj. Abdul Halim @ Mechor Juinis. Persidangan ini telah dihadiri oleh pegawai dan anggota DVS Sabah seramai 100 orang yang terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Wilayah, Pegawai Penguasa Daerah, Pegawai Penguasa Unit/Pusat, dan Pengurus Ladang, Pegawai Teknikal Projek Daerah dan Pegawai Teknikal Projek Wilayah. Turut hadir bersama ialah Pengarah Perkhidmatan Veterinar Sabah, YBhg Tn. Ir. Harun Hj. Abas.

Last updated: 26/10/2018